SUBANG, 2 April 23 – Telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT Operasi dan Bantuan (BOB) Tahun 2023 bagi Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) dan Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) yang diadakan di Dewan Ababil, Pangkalan Udara Subang.
Majlis perasmian mesyuarat ini telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf A7 MPOU, Kol Razali bin Ahmad Jumali TUDM. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Iezura binti Mustafa Afandi selaku Pengerusi BAKAT BOB dan dihadiri oleh semua ahli BAKAT.
Sebelum mesyuarat dimulakan Pengerusi BAKAT BOB telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Biro dan AJK 2022 bagi menghargai segala jasa dan budi yang telah dicurah sepanjang tahun 2022 demi memastikan BAKAT BOB bergerak dengan lancar seiring dengan amanat yang telah diamanahkan. Seterusnya upacara diteruskan dengan penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada anak-anak istimewa yang menghidap sakit kronik dan kurang upaya.
Mesyuarat pada kali ini juga membincangkan Perancangan Aktiviti BAKAT 2023 serta perbincangan usul-usul daripada ahli BAKAT yang hadir dan pemilihan AJK-AJK 2023 telah diadakan pada Pra-AGM BAKAT BOB yang lepas. Hadir sama dalam mesyuarat ini ialah Asisten Ketua Staf A1 MPOU, Lt Kol Badrul Hisyam bin Mohd Noor TUDM selaku Penaung BAKAT Operasi dan Bantuan.