KUANTAN, 3 April 23 – Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1), telah mengadakan lawatan pemeriksaan tahunan ke Pangkalan Udara Kuantan bermula 3 April hingga 6 April 2023. Ketibaan Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM ke PU Kuantan telah disambut oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM.
Usai ketibaan, PANGWILUD 1 menandatangani buku lawatan dan diberi taklimat oleh Komander Pangkalan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Bangunan Pergerakan Udara. Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan dan meningkatkan tahap kompetensi pangkalan di bawah naungan MAWILUD 1.
Turut serta semasa lawatan pemeriksaan ini ialah Ketua Staf MAWILUD 1, Brig Jen Dato’ Abdul Halim bin Abu Hassan; Pegawai Eksekutif Pangkalan dan Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM.