BUTTERWORTH, 16 Nov 23 – Pangkalan Udara Butterworth telah melaksanakan Mesyuarat Agong Tahunan Wisma Bintara bagi Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Setia, Pangkalan Udara Butterworth.
Mesyuarat Agong kali ini dimulakan dengan ucapan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Khairul Muzambi bin Salehin TUDM dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Wisma Bintara dan membubarkan barisan Ahli Jawatankuasa Wisma yang lepas. Agenda diteruskan dengan acara serah terima tugas CMC antara PW U I Marlizan bin Omar dan PW U I Mohd Hasnizam bin Safiee dan seterusnya pelantikan Ahli Jawatankuasa Wisma Bintara yang baru.
Mesyuarat diteruskan pembentangan kewangan sepanjang tahun 2022 dan meluluskan minit mesyuarat serta membincangkan perkara-perkara berbangkit.