LABUAN, 10 Jan 25 – No 5 Skuadron telah mengadakan perbarisan Pegawai Memerintah yang diadakan di Hangar No 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan. Perbarisan pada kali ini terdiri daripada empat(4) pegawai dan 68 anggota LLP yang diketuai oleh Mej Azfar bin Adzahar TUDM.
Dalam perbarisan ini turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah No 5 Skuadron di antara Lt Kol Ahmad Tarmizi bin Sokri TUDM dengan Mej Mohd Asmil Faiq bin Adnan TUDM sambil disaksikan oleh Komander Pangkalan Udara Labuan, Brig Jen Haji Muhammad Taha bin Hamdan TUDM.
Perbarisan ini juga diadakan sebagai penghormatan kepada Lt Kol Ahmad Tarmizi bin Sokri TUDM yang telah menerajui skuadron tersebut sejak 4 Jan 23 dan kini beliau akan bertukar keluar ke Markas 2 Divisyen selaku Pegawai Staf 1 Udara.
Sepanjang hampir dua tahun pemerintahan, beliau telah mempamerkan dedikasi dan komitmen yang tinggi dalam memastikan pesawat EC 725 AP dapat melaksanakan operasi TUDM serta ATM dengan cemerlang.
Seluruh warga No 5 Skuadron mengucapkan terima kasih kepada Lt Kol Ahmad Tarmizi bin Sokri TUDM di atas khidmat bakti sepanjang memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah No 5 Skudron dan tahniah diucapkan kepada Mej Mohd Asmil Faiq bin Adnan TUDM di atas perlantikan sebagai Pegawai Memerintah No 5 Skuadron yang baharu.