![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUCHING, 10 Jan 25 - Pangkalan Udara Kuching telah membuka tirai tahun baharu serta awal bulan Rejab dengan menganjurkan Ceramah Israk dan Mikraj peringkat pangkalan yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadhly bin Hasbullah (Ustaz Manis) sebagai aktiviti kerohanian. Ceramah ini telah berlangsung di Surau Al-Jahirah PU Kuching. Turut hadir adalah Komander Pangkalan, Kol Yusrizal bin Zain TUDM serta warga PU Kuching.
Intipati daripada ceramah ini adalah berkenaan peristiwa Israk dan Mikraj yang mana Nabi Muhammad SAW telah diangkat oleh Allah SWT ke Langit ke 7 untuk menerima perintah solat 5 waktu. Perjalanan tersebut bermula dari Masjidil Haram ke Masjidil Al-Aqsa yang didampingi oleh malaikat Jibril dengan menaiki Buraq. Selain itu, peristiwa Israk dan Mikraj ini memberi makna dan hikmah terhadap ketaatan kepada Allah SWT, keimanan yang teguh dan kepentingan Masjidil Aqsa kepada umat Islam.
Diharapkan agar segala mutiara ilmu dan nasihat yang telah disampaikan dalam ceramah ini memberi kesan yang mendalam kepada warga pangkalan sebagai persiapan untuk menangkis godaan dan hasutan syaitan yang sentiasa mengganggu umat manusia hingga hari kiamat.