MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI WARAN CAWANGAN KEJURUTERAAN PU GONG KEDAK

ATT 4299 ATT 4303

 

GONG KEDAK, 30 Nov 22 – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Waran Cawangan Kejuruteraan, Pangkalan Udara Gong Kedak telah berlangsung di antara PW U I Ramli bin Omar dengan PW U I Mohd Jefri bin Daii di Hangar Cawangan Kejuruteraan.

Majlis ini telah disaksikan oleh Ketua Cawangan Kejuruteraan, Lt Kol Suhardi bin Mohd Daud TUDM serta turut dihadiri Ketua-ketua Flait dan semua peringkat anggota Cawangan Kejuruteraan Pangkalan Udara Gong Kedak.

Seluruh warga Cawangan Kejuruteraan mengucapkan jutaan terima kasih kepada PW U I Ramli bin Omar atas jasa dan khidmat semasa berkhidmat di Cawangan Kejuruteraan dan tahniah kepada PW U I Mohd Jefri bin Daii atas pelantikan sebagai Pegawai Waran Kejuruteraan yang baru. Semoga terus berjaya dan cemerlang di dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer