FAMILIARISASI BAS SCANIA UNTUK KOMPETENSI PEMANDU

WhatsApp Image 2022 11 29 at 084610 WhatsApp Image 2022 11 29 at 084615 WhatsApp Image 2022 11 29 at 084722
WhatsApp Image 2022 11 29 at 084728 WhatsApp Image 2022 11 29 at 084729

 

Fleet Kenderaan Markas Tentera Udara telah melaksanakan Latihan Familiarisasi Kenderaan Bas Jenis Scania pada 26 Nov 22 melibatkan seorang pegawai dan 13 anggota diketuai oleh Pegawai Penguji Pemandu dan Operator, Kapt Muhammad Rafsanjani bin Ideris TUDM dengan dibantu oleh PW U II Ragulan a/l Gopalakrishnan.

Latihan ini merupakan aktiviti berkala bagi mengekalkan tahap kompetensi, "currency" dan kecekapan pemandu serta "conversion" dalam mengendalikan pelbagai jenis kenderaan di dalam TUDM.

Tujuan latihan ini juga adalah untuk memberi pendedahan kepada pemandu berkenaan sistem teknikal, mekanikal, instrumen serta teknik pengendalian spesifik kepada bas jenis SCANIA kerana kebanyakan pemandu dilatih sebelum ini menggunakan bas jenis HINO.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Pengenalan "Daily Inspection" (DI), simulasi Tindakan Serta Merta (TSM), sistem mekanikal, sistem elektrik, sistem instrumen, sistem pneumatik, panduan jalan raya serta undang-undang jalan raya.

Latihan bermula dengan taklimat keselamatan seawal jam 6.30 pagi.
Laluan perjalanan latihan bermula dari Pangkalan Udara Subang ke Alor Star Kedah melalui Lebuh Raya Utara-Selatan dan kawasan Bandar Alor Setar, Kedah sejauh 900km perjalanan pergi dan pulang.

FSjn Muhammad Firdaus bin Khairul Anuar daripada Seksyen Senggara, Tim Pemeriksaan dan Pembaikan segera (TPPS) ditugaskan sebagai pembantu teknikal sekiranya terdapat sebarang permasalahan pada kenderaan dan memastikan latihan berjalan dengan lancar.

Keseluruhan latihan dilaksanakan dengan baik dan selamat pulang ke Pangkalan Udara Subang tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Latihan ini akan terus dilaksanakan pada masa akan datang termasuk kenderaan-kenderaan lain seperti kenderaan jenis sedan, SUV, 4X4 dan van pelbagai jenis yang dimiliki oleh Fleet Kenderaan MTU melalui jadual TCI yang telah dirancang untuk semua pemandu.Latihan ini sekaligus mendukung etika pemanduan berhemah dan usaha bagi mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan.