KUALA LUMPUR, 3 Jan 24 – Pegawai Staf 1 Tadbir Markas Tentera Udara (MTU), Lt Kol Mohd Zaki bin Hj Mohd Noor TUDM telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Perkhidmatan Anggota MTU dan Pegawai Gaji MTU di bilik Rajawali MTU, hari ini.
Majlis dimulakan dengan Serah Terima Tugas Pegawai Perkhdimatan Anggota melibatkan Mej Mohd Hilmi bin Razali TUDM dan Lt Mohamad Asraaf bin Zainal Abidin TUDM. Majlis seterusnya diteruskan dengan Serah Terima Tugas Pegawai Gaji MTU di antara Kapt Rozaini binti Mat Sani dan Kapt Halida binti Kamaruzaman.
Simbolik kesemua acara ini disempurnakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan disusuli dengan pertukaran nota tersebut.
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Mej Mohd Hilmi bin Razali TUDM dan Kapt Rozaini binti Mat Sani di atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Sekretariat C dan selamat bertugas kepada pegawai yang baru bertukar masuk.