KUALA LUMPUR, 3 Jan 24 – Asisten Ketua Staf Perancangan & Pembangunan, Mej Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat anggota LLP bahagian Perancangan & Pembangunan yang diadakan di Bilik Mesyuarat P&P, hari ini.
Dalam majlis ini menyaksikan FSjn Mohd Azrie bin Mohtar telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Pegawai Waran Udara II manakala Sjn U Mohd Hafis bin Tefly, Sjn U Inbaraj a/l Muniyandi dan Sjn U Faez bin Abdul Khalid pula dinaikkan pangkat ke Pemangku Flait Sarjan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua anggota LLP yang dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini anggota akan terus cemerlang dan berdedikasi dalam menggalas tugas yang dipertanggungjawabkan.