MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH NO 1 SKUADRON

WhatsApp Image 2022 12 29 at 104533 WhatsApp Image 2022 12 29 at 104532 1 WhatsApp Image 2022 12 29 at 104532

 

KUCHING, 28 Dis 22 - Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah No 1 Skuadron telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di perkarangan Hanger No 1 Skuadron, Pangkalan Udara Kuching.

Dalam majlis bersejarah ini menyaksikan Lt Kol Syed Faisal bin Syed Abdul Kadir TUDM telah menyerahkan tugas sebagai Pegawai Memerintah No 1 Skn kepada Mej Raja Ismail Fahmi bin Raja Ibrahim TUDM Majlis ini merupakan simbolik bagi pertukaran tampuk kepimpinan yang akan melestarikan kecemerlangan berterusan di No 1 Skuadron.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Lt Kol Syed Faisal bin Syed Abdul Kadir TUDM di atas khidmat bakti dan jasa yang dicurahkan sepanjang memegang jawatan Pegawai Memerintah No 1 Skn dan sekalung tahniah juga diucapkan kepada Mej Raja Ismail Fahmi bin Raja Ibrahim TUDM di atas pelantikan sebagai Pegawai Memerintah No 1 Skn yang baharu seterusnya bagi meneruskan legasi kecemerlangan No 1 Skuadron.