KUCHING, 27 Dis 22 – Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM dan isteri, Puan Zubaidah binti Zahri selaku Pengerusi BAKAT PU Kuching telah membuat lawatan kebajikan dan penyampaian sumbangan dari Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA) kepada Balu PU Kuching dan waris warga PU Kuching yang menghidapi penyakit Kronik dan Orang Kurang Upaya (OKU). Lawatan ini turut diiringi oleh barisan Jawatankuasa BAKAT Pangkalan.
Sebanyak lima (5) buah rumah yang telah dilawati iaitu ke rumah waris Allahyarham Kpl U Mohamad Ehsan bin Sehamat, Skn 330 yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Ogos 21 iaitu Puan Nur Atiqah Nurul binti Supyie di Bandar Baru Samariang. Seterusnya, ke rumah waris anggota di Kota Samarahan iaitu Puan Fuazana binti Uda, Isteri kepada PW U II Kharul Azlan bin Jamaludin dari Skn 330 yang menghidapi penyakit Post Lumber 5 dan adik Muhammad Syahwan adzmin, anak kepada FSjn Mohd Shamsul Tabaris bin Hj Daud, Cawangan Tadbir yang menghidap penyakit Chronic Autisme. Sumbangan kepada balu dan waris anggota telah disampaikan oleh Pengerusi BAKAT PU Kuching.
Lawatan kebajikan terakhir adalah bertempat di Kompleks Perumahan TUDM Batu 10 ½, Jalan Kuching-Serian iaitu rumah Kpl U Shahril bin Samiun, Cawangan Materiel untuk anak anggota iaitu adik Orkid Medina yang menghidapi penyakit Kanser Mata Kiri dan seterusnya ke rumah FSjn Mohd Rusydi bin Mohd Sezali, No 1 Skn untuk anak anggota iaitu adik Muhammad Naufal yang menghidapi kecacatan fizikal dari paras pinggang hingga ke bawah. Sumbangan kebajikan kepada kedua-dua buah keluarga anggota telah disempurnakan oleh YBhg Komander Pangkalan, Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM. Semoga lawatan dan sumbangan yang diberikan ini menjadi sokongan dan kekuatan kepada warga keluarga PU Kuching yang diujiNya.
Seluruh warga PU Kuching mendoakan agar diberi kekuatan, kesabaran dan ketabahan jiwa kepada Warga PU Kuching yang diuji dengan ujian kematian keluarga, kesihatan dan dikurniakan anak istimewa. Semoga dipermudahkan urusan rawatan perubatan serta dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT.