SUBANG, 3 Ogos 22 – Majlis Serah Terima Tugas Komander Pangkalan Udara Labuan di antara Brig Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM dengan Brig Jen Hj Muhammad Taha bin Hamdan TUDM telah diadakan di Dewan Merpati VIP 2, Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang.
Serah terima tugas Komander Pangkalan Udara Labuan ini telah disaksikan oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Hj Shamsudin bin Kassim TUDM. Turut hadir ke majlis ini ialah Komander PU Subang dan isteri, AKS A7 MPOU dan isteri serta Pegawai Eksekutif PU Subang bersama isteri masing-masing.
Seluruh warga PU Labuan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Brig Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM di atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang memegang jawatan sebagai Komander Pangkalan di PU Labuan dan tahniah diucapkan atas pelantikan sebagai Ketua Staf MPOU yang baharu.
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Brig Jen Hj Muhammad Taha bin Hamdan TUDM di atas pelantikan sebagai Komander PU Labuan yang baharu. Semoga Pangkalan Udara Labuan akan terus cemerlang di bawah tampuk pemerintahan yang baharu.