MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA TERMINAL PELURU 1 PANGKALAN UDARA KUANTAN

DSC 3406 DSC 3432 DSC 3455

 

KUANTAN, 3 Ogos 22 – Pegawai Memerintah Depoh Material Utama, Kol Mohamed Ali bin Abbas TUDM telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Terminal Peluru 1. Dalam majlis ini, Mej Mohd Zaily Hatta bin Mohd Jelani TUDM telah menyerahkan tugas tugas selaku Ketua Terminal Peluru 1 kepada Kapt Nor Ismail bin Othman TUDM.

Seluruh warga PU Kuantan mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti yang dicurahkan oleh Mej Mohd Zaily Hatta bin Mohd Jelani TUDM semasa menjadi Ketua Terminal Peluru 1 dan tahniah kepada Kapt Nor Ismail bin Othman TUDM atas pelantikan beliau sebagai Ketua Terminal Peluru 1 yang baru.