SUBANG, 4 Julai 22 – Bertempat di Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Ketua Staf MPOU di antara Mej Jen Mahadzer bin Amin TUDM dengan Brig Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM dan disaksikan oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM hari ini.
Seluruh warga MPOU khususnya dan warga TUDM amnya mengucapkan terima kasih kepada Mej Jen Mahadzer bin Amin TUDM di atas khidmat dan bakti sepanjang memegang jawatan sebagai KS MPOU serta tahniah di atas pelantikan sebagai Panglima Wilayah Udara 1 yang baharu. Tahniah juga diucapkan kepada Brig Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM di atas pelantikan sebagai Ketua Staf MPOU yang baharu.