EKS WIRA HELO MENGUJI LATIHAN BERSEPADU TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA DAN TENTERA DARAT MALAYSIA DALAM “HELIBORNE AIR ASSAULT”

1 2 3
4 5 6

 

Eksesais Wira Helo yang memasuki hari terakhir bagi fasa penerbangan dilaksanakan pada 2 Jul 22 dengan eksesais terakhir “Heliborne Air Assault” dan “Helicopter Insertion and Extraction” (HIE) melalui teknik ‘fast roping’.

“Heliborne Air Assault” adalah kaedah untuk menghantar pasukan tentera dalam jumlah yang ramai menggunakan helikopter dan operasi pada hari terakhir Eks Wira Helo kali ini melibatkan atur gerak helikopter TUDM iaitu 5 buah pesawat EC 725 AP dari No 5 Skn dan No 10 Skn serta 2 buah pesawat AW139 sebagai tugas ‘Photo Interpreter’. Eksesais kali ini yang berkonsepkan simulasi melibatkan latihan bersepadu bersama Tentera Darat Malaysia (TDM) seramai 120 anggota dari 10 Bgd PARA. Dalam penerbangan taktikal dengan simulasi senario yang telah dirancang, pasukan TUDM dan TDM (Blue Land) telah berjaya menawan penempatan musuh (Red Land).

Simulasi eksesais ini turut disaksikan oleh Panglima Wilayah Udara 1, Lt Jen Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM dan seterusnya menghadiri acara bergambar bersama semua anggota yang terlibat.

7 8

 

Eksesais ini menunjukkan bahawa “utility role” pesawat helikopter dapat digalas oleh TUDM amnya EC 725 AP khususnya, bagi “air logistics support” / “mass movement troops” kepada perkhidmatan yang lain. Secara tidak langsung kemampuan ini jelas menunjukkan bahawa keupayaan “utility role” pesawat helikopter TUDM mampu melaksanakan teknik peperangan “conventional secara massive” jarak dekat pasukan TDM. Ianya juga bertepatan dengan objektif pelaksanaan Eksesais Wira Helo yang berlandaskan ‘joint environment/ operation’, dan untuk terus meningkatkan ‘interoperability’ dan kerjasama antara perkhidmatan.

Majlis Penutup Eksesais Wira Helo 6/22 seterusnya dilaksanakan pada 4 Jul 22 dan telah disempurnakan oleh Ketua Staf MAWILUD 1, Brig Jen Dato’ Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM. Tahniah dan syabas kepada semua pegawai dan anggota LLP yang terlibat di dalam eksesais kali ini yang berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.