![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 27 Mac 25 – Pengarah Perkhidmatan Markas Tentera Udara, Kol Zuhamri bin Mat Daud TUDM telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pegawai Tadbir Awam, MTU yang diadakan di Pusat Rekod & Arkib TUDM, hari ini.
Dalam majlis ini menyaksikan Puan Normala binti Mat Nor telah menyerahkan tugas sebagai Ketua Pegawai Tadbir Awam, MTU kepada Puan Sawari Sofia binti A.Rahman sambil disaksikan oleh Pengarah Perkhidmatan MTU serta warga MTU-Perkhidmatan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Normala binti Mat Nor di atas jasa khidmat dan bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di MTU. Tahniah juga diucapkan kepada Puan Sawari Sofia binti A.Rahman di atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Tadbir Awam, MTU yang Baharu.