MAJLIS BERBUKA PUASA KOMANDER PANGKALAN BERSAMA WARGA PU LABUAN

1 2 3
4 5 6

 

LABUAN, 25 Mac 2025 – Satu majlis Berbuka Puasa Pangkalan Udara Labuan telah diadakan dengan jayanya melibatkan Komander Pangkalan bersama seluruh Warga PU Labuan di perkarangan Surau As-Saadah. Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Staf Mawilud 2, Brig Jen Koey Tang Chai TUDM yang mewakili Panglima Wilayah Udara 2 serta barisan Eksekutif MAWILUD 2.

Majlis yang dilaksanakan ini bertujuan untuk mengeratkan ukhwah khususnya antara pucuk pimpinan tertinggi Pangkalan bersama warga pangkalan di samping mengimarahkan lagi program pada bulan ramadhan ini. Majlis ini dimulakan dengan penyerahan cek Koperasi Tentera kepada PU Labuan yang diserahkan daripada Ketua Staf Mawilud 2 mewakili Panglima Wilayah Udara 2 kepada Komander PU Labuan. Di samping itu, Komander Pangkalan PU Labuan juga telah menyempurnakan penyampaian sumbangan kebajikan kepada anggota, pasangan dan anak yang menghidap penyakit kronik. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang dialunkan oleh Kpl U Muhamamd Zunnur Bin Khamarudin, sementara menunggu masuknya waktu Maghrib.

Majlis Berbuka ini dimulakan dengan jamuan ringkas dan kemudiannya diselangi dengan Solat Maghrib secara berjemaah. Seterusnya, warga pangkalan telah disajikan dengan pelbagai juadah dalam jamuan makan malam yang telah disediakan ini. Walaupun majlis ini agak ringkas, namun ianya telah memberikan satu keceriaan seluruh warga pangkalan kerana dapat berkumpul bersama dengan pucuk pimpinan pangkalan. Seterusnya Komander Pangkalan dan warga pangkalan bersama-sama menunaikan Solat Isyak, solat sunat tarawikh dan jamuan moreh.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer