BUTTERWORTH, 11 Mei 23 - Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pangkalan Udara Butterworth pada tahun ini telah diadakan di Dewan Setia Pangkalan. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Komander Pangkalan, Brig Jen Khairul Muzambi bin Salehin TUDM, Pegawai Eksekutif Pangkalan serta Pegawai Memerintah Skuadron dan Cawangan.
Acara yang diadakan pada tahun ini turut dihadiri oleh semua pegawai, anggota dan staf awam Pangkalan serta tetamu jemputan iaitu Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Supt Siti Nor Salawati bt Saad; Ketua wakil KRT Sg Puyu dan wakil Persatuan Veteran TUDM. Majlis seumpama ini tidak dapat dilaksanakan sepanjang dua tahun yang lepas akibat Covid-19. Peluang ini diambil sepenuhnya oleh warga pangkalan pada tahun ini untuk meraikan kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di pangkalan.
Sambutan hari raya seperti ini dapat mengeratkan silaturahim dan menguatkan lagi ikatan persaudaraan serta perpaduan diantara semua pegawai dan staf pangkalan. Komander Pangkalan menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang hadir pada Sambutan Hari Raya Pangkalan pada tahun ini.