SUBANG, 3 Apr 24 – Ketua Staf Markas Pemerintahan Bantuan Udara, Brig Jen Sharani Bin Kamaruddin TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Beg Raya kepada warga MPBU yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Sumbangan beg raya kepada petugas adalah sebagai menghargai pengorbanan masa dan khidmat untuk bertugas ketika umat Islam yang lain menyambut Hari Lebaran bersama keluarga. Semoga keikhlasan bertugas dikurniakan ganjaran pahala yang setimpal.
Seterusnya, Ketua Staf Markas Pemerintahan Bantuan turut menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri dan Sumbangan Tabung Zakat ATM kepada Pegawai dan anggota MPBU serta waris yang mengalami sakit kronik dan anak istimewa. Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban kepada penerima.
Di akhir majlis, Ketua Staf Markas Pemerintahan Bantuan Udara turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga MPBU yang beragama Islam dan mengingatkan warga MPBU agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga di mana saja berada.