![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
IPOH, 21 Mac 25 - Komandan Akademi Tentera Udara (ATU), Kol Rafiddee bin Dollah TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Trade Instructor Course-Admin Siri Khas 3/25 bertempat di Dewan Rajawali, Akademi Tentera Udara. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Junaidi bin Abdul Aziz TUDM.
Seramai 23 penuntut kursus terdiri daripada 3 orang Pegawai dan 20 orang Lain-lain Pangkat (LLP) telah berjaya menamatkan kursus ini yang bermula pada 24 Feb 25 dan tamat pada 21 Mac 25. Sepanjang 4 minggu berkursus, para penuntut telah didedahkan dengan teras kejurulatihan berpandukan 'RMAF Training Module' yang digunapakai di setiap institusi pengajian di bawah Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU).
Komandan di dalam ucapannya mengingatkan para penuntut agar memanfaatkan ilmu yang diperolehi sepanjang berkursus dengan sebaik-baiknya. Beliau juga menasihati para penuntut agar sentiasa mempamerkan sahsiah diri yang tinggi selaku jurulatih yang terlatih supaya dapat menjadi contoh teladan kelak.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Mej Siti Norfadilah binti Omar TUDM, Ketua Jurulatih INSTAR serta barisan eksekutif ATU dan tenaga pengajar kursus tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penuntut kerana telah menamatkan kursus masing-masing dengan jayanya.