SUBANG, 3 Nov 23 – Ketua Cawang Keselamatan Risik Balas, Lt Kol Mohd Izal bin Idris TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Sekuriti dan Risik Balas Siri 1/23 bertempat di Auditorium, Cawangan Muzik dan Kesenian TUDM (MUKES), Pangkalan Udara Subang.
Kursus yang dikoordinasikan oleh MTU-RISUD ini telah berlangsung selama 2 minggu bermula 23 Okt hingga 3 Nov 23. Kursus ini telah disertai 25 orang peserta yang terdiri daripada 10 pegawai TUDM dan 1 pegawai TLDM manakala anggota LLP terdiri daripada 12 anggota LLP TUDM, 2 anggota LLP Tentera Darat dan 1 anggota LLP TLDM.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai dan anggota LLP ATM terutama pegawai dan anggota yang terlibat dengan tugas keselamatan Risik Balas. Selain itu, kursus ini dapat membantu mempersiapkan diri para peserta kursus dengan kebolehan menjalankan tugas-tugas staf perisikan operasi dan taktikal. Setiap peserta yang terlibat turut diberi pengalaman di lapangan dalam menjalankan tugas Risik Balas.
Diakhir majlis ini, Ketua Cawang Keselamatan Risik Balas mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta kerana telah menamatkan kursus ini dengan jayanya dan berharap agar semua ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan pada masa akan datang terutama yang akan terlibat secara langsung dalam tugas Risik Balas.