KUANTAN, 23 Feb 23 – Komandan INSPRA, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Bomba KELAS II (Fire Safety Technician) Siri 33/22 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat, INSPRA.
Kursus ini telah bermula dari 25 Okt 22 hingga 24 Feb 23. Seramai 20 anggota LLP berpangkat Kpl U telah menghadiri kursus ini yang berlangsung selama 17 minggu, kesemua peserta telah menamatkan kursus dengan jayanya. Peserta Terbaik Keseluruhan dan Anugerah KOMANDAN INSPRA disandang oleh Kpl U Mohamad Aiman bin Ahmad Rozi.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus dan semoga segala ilmu yang dipelajari sepanjang kursus dapat dipraktikkan semasa bertugas di unit masing-masing.