MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP KURSUS ADVANCED AIR TRAFFIC CONTROL OFFICER APPROACH SURVEILLANCE (AATCO-APP SURV) SERIAL 13/23

1 2 3
4 5 6

 

KUANTAN, 13 Okt 23 - Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus AATCO-APP SURV Siri 13/23 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba Menyelamat (SBM). Penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Komandan INSPRA, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM dan diiringi oleh Ketua Jurulatih Latihan, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Sekolah SKTU serta barisan jurulatih.

Kursus yang telah berlangsung bermula pada 1 Ogos 23 hingga 13 Okt 23 ini melibatkan seramai 16 pegawai serta salah seorang daripadanya peserta dari Bangladesh Airforce (BAF) dan 15 pegawai TUDM. Walau bagaimanapun, hanya 14 pegawai yang telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya. Objektif utama kursus AATCO-APP SURV dilaksanakan adalah untuk melatih Pegawai Kawalan Trafik Udara dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Approach Surveillance Controller di unit-unit radar.

Sepanjang kursus ini berlangsung, peserta kursus telah didedahkan dengan dua (2) modul latihan iaitu In Flight Emergency Response (IFER) dan Approach Surveillance Control (ASC).

Melalui ucapan penutup, YBhg Komandan telah merakamkan ucapan tahniah kepada kesemua peserta kursus dan turut memberi nasihat sebagai pedoman para peserta kursus untuk berkhidmat di unit kelak. Diakhir majlis turut diadakan acara bergambar bersama Peserta Kursus sebagai tanda kenangan.