MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP KURSUS ADVANCED AIR TRAFFIC CONTROL ASSISTANT SIRI 53/22

DSC 1326 DSC 1333 DSC 1393
DSC 1430 DSC 1461 DSC 1472

 

KUANTAN, 1 Dis 22 – Komandan Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA), Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Advanced Air Traffic Control Assistant Siri 53/22 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM).

Kursus Advanced Air Traffic Control Assistant (AATCA) Siri 53/22 ini telah bermula pada 8 Ogos 2022 dan tamat pada 2 Disember 2022 dan dihadiri seramai 30 peserta dari Ketukangan PKTU. Pelatih Terbaik Keseluruhan bagi Advanced Air Traffic Control Assistant Siri 53/22 disandang oleh LUK Azreen bin Jamaludin.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Pemangku Ketua Jurulatih Latihan, Lt Kol Mohd Hazaruddin bin Haron TUDM, Penolong Pegawai Memerintah Tim Nukleus Rejimen 882 PUTD, Lt Kol Ahmad Hisham bin Mohd Hedzir dan Pemangku Ketua Sekolah Kawalan Trafik Udara, Mej Adzreen bin Hj Masri TUDM.