KUANTAN, 23 Jun 22 – Komandan INSPRA, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Air Surveillance Supervisor Course (ASSC) Serial 79/22 dan Air Surveillance Technician Course (ASTC) Serial 49/22 yang diadakan di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat, hari ini.
Kursus ASSC ini melibatkan 12 peserta berpangkat Kpl U manakala Kursus ASTC pula melibatkan 20 peserta berpangkat LUK dan LU I. Kedua-dua kursus ini telah dijalankan serentak bermula pada 14 Februari 2022 dan berakhir pada 24 Jun 2022.
Objektif Kursus ASSC adalah untuk melatih anggota Juruteknik Pengawasan Udara (JPU) berpangkat Kpl U dengan memberi pengetahuan dan kemahiran berkaitan aspek penyeliaan serta teknik berkomunikasi untuk melaksanakan tugas sebagai Weapon Assignment Technician (WAT), Senior Control Technician (SCT) dan Identification Officer (IDO) dalam seksyen pengawasan udara. Penuntut Terbaik Keseluruhan bagi kursus ini ialah Kpl U Mohd Faris bin Jamaludin.
Manakala bagi kursus ASTC pula, objektif kursus dijalankan bagi melatih dan melahirkan PTTR yang berkemahiran tinggi dalam seksyen persenjataan di unit-unit pertahanan udara. Penuntut Terbaik Keseluruhan bagi kursus ini ialah LUK Praveen A/L Balamurugan.