![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 3 Jun 22 – Brig Jen Dato’ Mohd Shaifuddin bin Mohd Shariff TUDM selaku Trade Master Kawal dan Lapor telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil dan Pemakaian Sayap Ketukangan kepada 10 orang Pegawai berpangkat Lt M TUDM yang telah berjaya menamatkan Kursus Weapon Director Siri 3/21 yang diadakan di Dewan Auditorium INSPRA.
Objektif kursus yang berlangsung dari 8 Nov 2021 hingga 3 Jun 2022 ini adalah bagi melahirkan Pegawai yang berkaliber dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pengarah senjata di unit operasi.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Terdapat empat (4) anugerah yang disampaikan iaitu Peserta Terbaik Teori, Peserta Terbaik Amali, Peserta Terbaik Keseluruhan dan Anugerah Komandan. Bagi Peserta Terbaik Teori dianugerahkan kepada Lt M Muhammad Irfan Shazwan bin Adnan TUDM dengan purata markah teori keseluruhan sebanyak 85.9% manakala bagi Peserta Terbaik Amali, Peserta Terbaik Keseluruhan dan Penerima Anugerah Komandan pula dianugerahkan kepada Lt M Amir Zhafran bin Roslan TUDM.
Turut hadir pada majlis ini Ketua Jurulatih Latihan, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM; Ketua Sekolah Kawal dan Lapor, Lt Kol Rozi binti Ismail TUDM serta Pegawai-pegawai.