MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KHIDMAT TERPUJI KESELAMATAN KOLEJ TENTERA UDARA

3 resize 1 resize

 

ALOR SETAR, 25 Apr 22 - Majlis penyampaian Anugerah Khidmat Terpuji Keselamatan telah di adakan bertempat di bilik mesyuarat Kolej Tentera Udara.

CIV Muhammad bin Abdullah selaku penerima anugerah tersebut telah ditugaskan untuk melaksanakan tugas Thorough Borescopic Inspection terhadap enjin Arrius 2F pesawat EC 102B (M103-03) bagi mencari punca kepada permasalahan parameter enjin yang di dapati tidak normal seperti yang dilaporkan oleh juruterbang INSPEN 2.

Beliau telah berusaha sedaya upaya untuk memeriksa ruang dalaman enjin tersebut yang amat sulit dan tidak mudah untuk diakses. Beliau telah mengesan terdapatnya keretakan di dalam enjin tersebut iaitu pada Rear Zone Power Turbine Casing yang mana ia amat sukar untuk ditemui sekiranya pemeriksaan tidak dilaksanakan dengan penuh cermat dan teliti.

Sijil Anugerah Khidmat Terpuji Keselamatan telah disampaikan oleh Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM, Komandan Kolej Tentera Udara dan di iringi oleh Mej Abdul Rafif bin Muhammad TUDM, Pegawai Keselamatan Kolej.

Syabas dan tahniah diucapkan.