GONG KEDAK, 25 Apr 22 – Pejabat Agama Pangkalan telah melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak 1443H. Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di Masjid Al-Raudhah, PU Gong Kedak.
Di majlis ini, seramai 64 peserta telah berjaya Khatam Al-Quran yang terdiri daripada 31 orang pegawai/LLP dan 33 orang ahli BAKAT pangkalan. Majlis Khatam Al-Quran ini diketuai oleh Pegawai Agama Pangkalan, Mej Ahmad Nasri bin Abdul Rahman.
Turut hadir dalam majlis ialah Komander Pangkalan, Kol Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM, Pengerusi BAKAT Pangkalan, Puan Zainab binti Abdullah, Pengerusi Masjid Ar-Raudhah, Lt Kol Suhardi bin Mohd Daud TUDM, Eksekutif Pangkalan serta ahli-ahli BAKAT pangkalan.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada semua peserta Tadarus Al-Quran.