MAJLIS PENUTUP KURSUS JURULATIH KABIN SIRI 9/22

2 1 3 1 5 1
6 1 8 10

 

ALOR SETAR, 31 Mei 22 - Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Jurulatih Kabin Siri 9/22. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pegawai Memerintah ITAS, Lt Kol Rizam bin Ibrahim TUDM serta Pegawai Memerintah ILIT, Lt Kol Mohd Yazid bin Abu Seman TUDM.

Kursus yang bermula pada 22 Mac 22 dan tamat pada 31 Mei 22 ini telah disertai seramai 15 orang pelatih terdiri daripada 12 anggota TUDM, dua (2) anggota TLDM dan seorang anggota TDM.

Terdapat 5 modul yang disusun serta dilalui oleh pelatih sepanjang kursus iaitu Basic Intructor Technique (BIT), Training Administrative (TA), Workplace Assesor (WPA), Trade Instructor Practical (TIP) dan Trade School Induction (TSI).

Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk melayakkan pelatih menjadi jurulatih yang berkaliber pada masa akan datang melalui pengajaran dan penyampaian yang berkesan.