Komandan Institut latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA), Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Air Surveillance Course (ASSC) Serial 81/22 dan Air Surveillance Technician Course (ASTC) Serial 51/22 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba Menyelamat (SBM), INSPRA.
Kursus ASSC Siri 81/22 dan ASTC Siri 51/22 ini telah bermula dari 14 Nov 22 hingga 17 Mac 23. Kursus ASSC telah disertai seramai 11 orang PTTR berpangkat Koperal Udara manakala kursus ASTC telah disertai seramai 20 orang PTTR berpangkat Laskar Udara Kanan dari unit-unit pertahanan udara.
Anugerah Penuntut Kursus Terbaik ASSC Siri 81/22 disandang oleh Kpl U Mohamad Hafiz bin Sahit dan Anugerah Penuntut Kursus Terbaik ASTC Siri 51/22 disandang oleh LUK Nur Ernylia Falini binti Upak.
Dalam majlis ini, Komandan INSPRA turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada dua anggota INSPRA. F/Sjn Mohd Jamil bin Mausin yang dinaikkan ke pangkat Pemangku Pegawai Waran U II berkuatkuasa 16 Mac 23 dan Kpl U Muhammad Ridzuan bin Ab Razak yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Sarjan Udara berkuatkuasa 6 Mac 23.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua Jurulatih Latihan, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM; Ketua Sekolah Kawalan Pertahanan Udara, Mej Mazura binti Mahamood TUDM; Ketua-ketua Sekolah serta Bahagian dan barisan jurulatih.