KINRARA, 15 Sep 22 - Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT) TUDM Kinrara telah mengadakan majlis penutup Kursus Advance Materiel Officer Siri 12/22 dan Kursus Ketua Fleet Kenderaan Siri 17/22 yang disempurnakan Pengarah Materiel, Brig Jen Mohamad Fakhri bin Yahya TUDM di Auditorium INSMAT.
Terdapat empat (4) anugerah yang telah disampaikan oleh Pengarah Materiel iaitu bagi Kursus Advance Materiel Officer Siri 12/22, Anugerah Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh Kapt Muhammad Hafizuddin bin Yusof TUDM dari Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) manakala Anugerah Akademik Terbaik pula dianugerahkan kepada Kapt Muhamad Hafiz bin Kamaruddin TUDM dari Depoh Materiel Utama (DMU). Manakala bagi Kursus Ketua Fleet Kenderaan Siri 17/22, Anugerah Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh Kapt Zarith bin Ruslan TUDM dari Terminal Peluru 3 dan Anugerah Akademik Terbaik pula dianugerahkan kepada Kapt Mohammad Juhafiq bin Jumani TUDM dari Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU).
Di dalam ucapan Pengarah Materiel, beliau memberi penekanan terhadap sikap peribadi yang mulia iaitu mementingkan ilmu pengetahuan (knowledge), memantapkan skil (skill) dan memperbetulkan sikap (attitude) bagi melahirkan generasi TUDM yang positif, berpengetahuan tinggi, berkemahiran serta berketerampilan selaras dengan keperluan TUDM pada masa kini dan akan datang. Semua impian dan harapan akan menjadi kenyataan sekiranya kita terus komited dengan mengamalkan dan menghayati lima (5) nilai teras Tentera Udara iaitu Integrity, Courage, Excellent, Espirit De Corp and Service Before Self dan dijadikan slogan atau pegangan kita selagi kita bergelar anggota TUDM. Beliau juga menekankan betapa pentingnya kita semua merubah mentality dan persepsi kita semua dari menjadi pelaksanaan domestic logistic kepada operational/ combat logistic secara total dan serius.
Diakhir ucapan beliau, Pengarah Materiel turut mengucapkan tahniah kepada penerima anugerah dan mendoakan agar para peserta kursus terus cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi. Jadikanlah segala ilmu dan kemahiran yang akan dipelajari sebagai panduan dalam melaksanakan tugas dan mengharungi cabaran dalam perkhidmatan yang mendatang.