MAJLIS PEMBUKAAN DAN PERASMIAN PROGRAM PENURUNAN BERAT BADAN TAHUN 2024 BAGI PU GONG KEDAK

BAZ 2399 BAZ 2418 BAZ 2420
BAZ 2431 BAZ 2447 BAZ 2461

 

GONG KEDAK, 15 Jul 24 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah melaksanakan Program Penurunan Berat Badan bagi Tahun 2024 mulai 15 Jul sehingga 15 Ogos 24 yang melibatkan seramai 47 orang peserta yang terdiri daripada 2 orang pegawai dan 45 anggota LLP. Majlis pembukaan program ini telah diadakan pada 15 Jul 24 bertempat di Dewan Serbaguna, PU GK yang mana telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM.

Komander Pangkalan semasa ucapan pembukaan telah memberi saranan kepada semua peserta agar memberi komitmen yang tinggi dengan mengikuti semua silibus program yang telah ditetapkan bagi beroleh hasil yang terbaik. Beliau juga turut menyampaikan baju program kepada wakil peserta sebagai simbolik kepada acara pembukaan tersebut.

Disamping itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan individu di kalangan peserta, menerapkan nilai kesihatan secara ‘total’ melalui perlaksanaan latihan fizikal secara konsisten. Ia juga turut mensasarkan kepada semua peserta beroleh penurunan berat badan sehingga tahap Body Mass Index (BMI) ke tahap BMI yang telah ditetapkan.

BAZ 2478 BAZ 2489 BAZ 2490
BAZ 2493 BAZ 2496 BAZ 2528

 

Pelancaran Program sebegini ini juga secara langsung turut menepati tujuan sampingan bagi usaha membantu para pegawai dan anggota LLP untuk mencapai syarat tahap BMI yang telah ditetapkan oleh perkhidmatan bagi sokongan kerjaya dan kenaikan pangkat kelak.

Selain itu, pengisian lain semasa majlis pembukaan adalah sesi taklimat tentang Panduan Kecergasan yang disampaikan oleh PW Sel Jasmani PU GK, PW U II Mazli bin Mukhtar dan taklimat Panduan Pemakanan Sihat dan Pengurusan Berat Badan yang disampaikan oleh Pegawai Dietetik Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Lt Kol Nur Hanani binti Hj Alias.

Turut hadir semasa majlis pembukaan ini adalah Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Ts Mizi bin Hussin TUDM, Pegawai Memerintah RSAT, Lt Kol Siti Ilyana binti Mohd Ghazali, Pegawai Latih Pangkalan, Kapt Sharifah Shahirah Yusni binti Mohd Yusoff TUDM dan Pegawai Waran Pangkalan, PW U I Mohd Khlib @ Khalib bin Wahab.

Semoga program ini dapat memberikan manfaatkan kepada peserta dan mencapai sasaran berat yang telah ditetapkan oleh perkhidmatan.