MAJLIS PEMBUKAAN AIR DEFENCE SIMULATION EXERCISE (ADSIMEX) SIRI 6/2023

3 4 6

 

KOTA SAMARAHAN, 4 Sep 23 – Kol Baharin bin Mohamad TUDM, Komander Pangkalan Udara Kuching telah merasmikan pembukaan “Air Defence Simulation Exercise” (ADSIMEX) Siri 6/2023 bertempat di Atrium Kanang, Skuadron 330. Majlis pembukaan yang melibatkan semua peserta eksesais di CRC 2 juga turut disertai peserta eksesais dari “Regional Air Operation Centre 2” (RAOC 2) dan CRC 1 melalui sidang video.

ADSIMEX yang berkonsepkan Peperangan Konvensional (Conventional Warfare) ini bermula 4 Sep Hingga 8 Sep 23. Eksesais ini juga merupakan Eksesais tahunan bagi menguji serta memfokuskan kebolehupayaan CRC 1 serta CRC 2 dalam melaksanakan pengawasan ruang angkasa serta penugasan pesawat bagi menangani konflik mengikut senario eksesais yang telah digarapkan oleh pihak EXCON berdasarkan isu semasa di Wilayah Udara 2.

Skuadron 330 TUDM Kompleks CRC 2 Kota Samarahan telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap aspek pelaksanaan ADSIMEX Siri 6/2023 dengan keanggotaan dibantu oleh CRC 1, unit-unit Skuadron Pertahanan Udara, Skuadron GBAD, wakil dari skn penerbangan pesawat pejuang, pesawat angkut, pesawat helikopter serta wakil dari pihak TLDM. Ini secara tidak langsung dapat membuka ruang kepada percambahan idea di kalangan setiap peserta eksesais. MPOU-A7 bertindak sebagai Sekretariat bagi perancangan dan koordinasi pelaksanaan manakala MPOU-JKO bertindak sebagai Tim Penilai yang akan membuat penilaian keseluruhan eksesais.

Komander Pangkalan dalam ucapannya menegaskan kepada semua peserta eksesais agar mengambil peluang yang sepenuhnya di dalam eksesais ini bagi mengenalpasti jurang yang ada dari segi keupayaan aset, prosidur dan doktrin serta mengenalpasti penambahbaikan yang boleh dibuat di masa akan datang. Beliau juga berharap agar eksesais ini dapat meningkatkan tahap kecekapan warga Kawal dan Lapor amnya dan TUDM khasnya dalam melaksanakan apa jua penugasan dengan penuh dedikasi serta efisyen.

Sebagai simbolik pembukaan Eksesais ADSIMEX kali ini, Lt Kol Stanlee Sullau TUDM selaku Exercise Director telah memakaikan lencana eksesais kepada Kol Baharin bin Mohamad TUDM, Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Mohd Azwan bin Pohari TUDM, Pengarah Kesiagaan Operasi dan Lt Kol Zainal Abidin bin Yahia@Yahaya TUDM, Pegawai Memerintah Skn 330 TUDM.