MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT DAN SUMBANGAN WANG KEBAJIKAN KEPADA WARGA MARKAS PEMERINTAHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA (MPPLU)

1 2 3
4 5

 

SENDAYAN, 8 Nov 23 – Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (KS MPPLU), Brig Jen Abdul Halim bin Othman TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat bagi anggota MPPLU iaitu Kpl U Norhafis bin Hashim yang dinaikkan pangkat Pemangku Sjn U. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Staf Markas, Brig Jen Dato’ Tong Veng Leong TUDM.

Seterusnya, KS MPPLU menyampaikan sumbangan wang kebajikan melalui tabung KSSKA kepada warga MPPLU yang terpilih untuk menerima sumbangan tersebut. Semoga sumbangan kebajikan yang diberikan tersebut sedikit sebanyak membantu meringankan beban kepada penerima sumbangan dan tahniah diucapkan kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer