![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SENDAYAN, 12 Jun 25 – Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (KS MPPLU), Brig Jen Norazman bin Ismail TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada tiga (3) anggota LLP yang berkhidmat di MPPLU iaitu PW U II Ahmad Basri bin Ahmad Rahimi dinaikkan pangkat ke Pemangku Pegawai Waran Udara I, F/Sjn Mohamad Fhadli bin Ishak dinaikkan pangkat ke Pemangku Pegawai Waran Udara II manakala LU I Adam bin Ahmad pula dinaikkan pangkat ke Laskar Udara Kanan.
Seterusnya, beliau turut menyampaikan cek sumbangan dari Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) kepada anggota MPPLU yang terpilih iaitu Sjn U Md Azroi bin Ismail. Semoga sumbangan kebajikan yang diberikan tersebut sedikit sebanyak membantu meringankan beban kepada penerima.
Tahniah diucapkan kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan meningkatkan motivasi dan semangat kepada anggota untuk menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan lebih cemerlang seiring dengan kehendak perkhidmatan.