MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA LLP CPM TUDM DAN CPJ ZON

IMG 9389 IMG 9402 IMG 9424
IMG 9433 IMG 9447 IMG 9453
IMG 9461 IMG 9471 IMG 9481

 

SENDAYAN, 10 Jan 2023 – Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Hj Baharudin bin Hj Abu Hassan TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada lapan (8) anggota LLP yang bertugas di Cawangan Provos Marsyal TUDM (CPM) dan Cawangan Penyiasatan Jenayah Zon (CPJ).

Mendahului senarai dalam majlis ini ialah FSjn Farjimin bin Siprianus yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Pegawai Waren Udara 2 manakala Sjn U Mohd Amin bin Hassan pula dinaikkan pangkat ke Pemangku Flait Sarjan.

Selain itu, Kpl U Mohd Fitri Syawal bin Abu Bakar, Kpl U Sudirman bin Napas, Kpl U Muhammad Nasruddin bin Omar dan Kpl U Ariff Yusri bin Abdul Rahman telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Sarjan Udara.

Seterusnya, LUK Tanjeet Singh Gill dan LUK Muhammad Firdaus bin Omar pula dinaikkan pangkat ke Pemangku Koperal Udara.

Turut hadir bagi menyaksikan majlis ialah Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Brig Jen Hj Ahmad bin Yusof TUDM, pegawai-pegawai kanan dan seluruh warga MTU-CPM.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua anggota LLP yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini dapat menjadi batu loncatan buat anggota dalam meningkatkan prestasi dan mutu kerja masing-masing.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer