MAJLIS PEMAKAIAN LENCANA KETUKANGAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL SERTA PENUTUP KURSUS BAGI BASIC AIR SURVEILLANCE OPERATOR COURSE (BASOC) SERIAL 53/23

1 3 4
5 6 7
8 9 10

 

KUANTAN, 21 Jan 24 - Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (SKPU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Pemakaian Lencana Ketukangan dan Penyampaian Sijil serta Penutup bagi Basic Air Surveillance Operator Course (BASOC) Serial 53/23 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba Menyelamat (SBM) yang telah disempurnakan oleh Trade Master Kawal & Lapor Brig Jen Ivan John Row TUDM, diiringi oleh Pemangku Komandan INSPRA, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM. Majlis juga turut dihadiri oleh Lt Kol Md Rizam bin Ahmad TUDM, Pegawai Memerintah Skuadron 320, Ketua-ketua Sekolah dan Bahagian serta barisan Jurulatih INSPRA.

Kursus yang telah bermula pada 25 Sep 23 hingga 23 Feb 24 ini melibatkan seramai 26 peserta kursus berpangkat Laskar Udara II (LU II) telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya. Objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk melatih anggota Non Trademan sebagai anggota Juruteknik Pengawasan Udara (JPU) dengan memberikan pengetahuan asas dan kemahiran untuk melaksanakan tugas sebagai Operator Pengawasan Udara di dalam seksyen pengawasan udara.

11 12 13
14 15 16

 

Sepanjang kursus ini berlangsung, peserta kursus telah didedahkan dengan empat (4) modul latihan iaitu General Service Training - NCO Level 2, Air Defence General Knowledge (ADGK), Manual Training System (MTS), dan Automated Training System (ATS).

Di dalam kursus ini LU II Arryirwandy Tiwon telah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Teori dan LU II Muhammad Hafidzudin bin Mohd Nor Hisham telah dinobatkan Peserta Terbaik Amali manakala Peserta Terbaik Keseluruhan dianugerahkan kepada LU II Muhammad Dzharfan Hifzi bin Abd Hakim Amir.

Melalui ucapan penutup, Trade Master kawal & Lapor telah merakamkan ucapan tahniah kepada kesemua peserta kursus dan turut memberi nasihat sebagai pedoman para peserta kursus untuk bkhidmat di unit kelak.

Tahniah kepada semua peserta kursus serta semua jurulatih dan tenaga pengajar yang terlibat dalam penganjuran BASOC Serial 52/23.

“Latihan Asas Kecekapan”, “Kuasa Udara Perisai Kedaulatan Negara”, “Sentiasa Diangkasa Raya”