KUANTAN, 13 Apr 23 – Pejabat Agama Pangkalan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Pangkalan bertempat di Surau At-Taqwa Pangkalan Udara Kuantan.
Seramai 50 peserta terdiri daripada 33 peserta lelaki gabungan pegawai dan anggota LLP serta 17 peserta perempuan daripada Ahli BAKAT Udara Pangkalan yang menyertai Program Tadarus yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan kali ini.
Program Tadarus ini adalah sebagai satu usaha Pejabat Agama Pangkalan bagi meraikan kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini dengan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung sejak awal Ramadan lagi. Ia juga secara tidak langsung dapat menyemarakkan rasa cinta terhadap Al-Quran dalam kalangan warga pangkalan.
Turut bersama dalam majlis ini ialah Pemangku Komander Pangkalan, Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM, Pegawai-pegawai Eksekutif Pangkalan.