MAJLIS CERAMAH AGAMA SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1447H/2025M

1 2 3
4 5 6

 

BUTTERWORTH, 14 Jul 2025- Pejabat Agama Pangkalan Udara Butterworth telah mengadakan Ceramah Agama Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Pangkalan bertempat di Dewan Setia Pangkalan Udara Butterworth.

Majlis ini melibatkan seramai 280 orang pegawai dan anggota LLP. Turut serta dalam majlis ini Pegawai-pegawai Memerintah,Pemerintah Skuadron dan Cawangan. Majlis tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua tentang pengajaran dari perjuangan dan pengorbanan Rasulullah SAW serta para sahabat dalam peristiwa hijrah.

Majlis ceramah telah disampaikan oleh Penceramah jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Shukri bin Hanapi daripada Universiti Sains Malaysia dengan tajuk ceramah " Ibrah Hijrah & Cabaran Semasa'.

Kemudian majlis diteruskan dengan penyampaian taklimat berkenaan Pakej Umrah oleh Encik Amir Sham bin Othman daripada Glocal Travel Agency. Majlis diakhiri dengan sesi begambar.

Semoga majlis ini menjadi penyuntik semangat kepada Warga Pangkalan untuk terus berhijrah dalam menjadikan diri ke arah yang lebih cemerlang selari dengan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan untuk kita melayari kehidupan di dunia ini.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN