LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAGI KURSUS PEMBANTU PENTADBIRAN PENINGKATAN KELAS II SIRI 12/22

FB IMG 1661503923190 FB IMG 1661503926647 FB IMG 1661504295821
FB IMG 1661504298740 FB IMG 1661504301842 FB IMG 1661504304860

 

KUALA LUMPUR, 26 OGOS 22 – Sekolah Pentadbiran, Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah melaksanakan program lawatan sambil belajar ke Arkib Negara Kuala Lumpur sebagai salah satu pengisian modul kurikulum kursus melibatkan penuntut Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan Kelas II Siri 12/22.

Program setengah hari ini dirangka dengan objektif memberi pendedahan secara eksklusif kepada penuntut berkaitan tatacara penjagaan dokumen rasmi kerajaan dan tatacara pembaikan dokumen yang rosak demi menjaga kepentingan nilai sejarah dokumen tersebut.

Selain itu, penuntut juga diberi taklimat khas dan dibawa melawat ke beberapa seksyen berlainan di bawah naungan Arkib Negara Kuala Lumpur iaitu Seksyen Perkhidmatan Repositori, Seksyen Pemeliharaan dan Repografi, Seksyen Rujukan dan Akses serta Pameran Audiovisual Negara. Program lawatan ini diketuai oleh Lt Nur Fitri binti Abod TUDM, Ketua Bahagian Tadbir INSTAR dan diiringi oleh F/Sjn Shah Abdul Aziz bin Mohammad Izan serta Sjn U Mohd Atzahri bin Atan selaku jurulatih Sekolah Pentadbiran.