LAWATAN PERKEMBANGAN INTERMEDIATE LEVEL MAINTENANCE C-130H

DSC 4795 DSC 4820 DSC 4830
DSC 4890 DSC 4864

 

SUBANG, 26 Ogos 22 – AKS Kejuruteraan, Brig Jen Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM telah mengadakan Lawatan Perkembangan terhadap keupayaan perlaksanaan Intermediate Level Maintenance (ILM) bagi pesawat C-130H di Cawangan Kejuruteraan (CK) PU Subang pada 26 Ogos 2022.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mengetahui perkembangan dan memantau keupayaan CK PU Subang bagi proses perlaksanaan senggaraan ILM terutamanya Structural Inspection 39 Tahun (ST-39) bagi pesawat C-130H M30-02 oleh Tim Kejuruteraan ST CK PU Subang.

Ketibaan beliau telah disambut oleh KCK PU Subang bersama Tim Senggaraan ST. Lawatan tersebut dimulai dengan lawatan perkembangan perlaksanaan ILM oleh Tim Senggaraan ST terhadap pesawat C-130H M30-02 (ST-39), M30-16 (ST-21) dan M30-01 (ST-36). Satu sesi taklimat turut dilaksanakan di Bilik Mesyuarat CK PU Subang bagi membincangkan status terkini perlaksanaan ILM bagi pesawat C-130H M30-02 (ST-39) dan cabaran-cabaran yang dihadapi bagi peningkatan keupayaan dan Sustainment terhadap ILM bagi CK PU Subang.

Semasa ucapan penutup, AKS Kejuruteraan memberikan kata-kata semangat kepada anggota tim ST untuk terus meningkatkan pencapaian dan prestasi kerja serta berusaha lebih gigih dalam melaksanakan tanggungjawab tugas yang diamanahkan.