LAWATAN PEMERIKSAAN TAHUNAN IJTU KE ATAS PANGKALAN UDARA KUANTAN

DSC 3270 DSC 3470 DSC 3523
DSC 3539 DSC 3631 DSC 3634

 

KUANTAN, 1 Apr 22 – Tim Inspektorat TUDM telah membuat Lawatan Pemeriksaan ke atas Pangkalan Udara Kuantan dan unit-unit lodger yang terdapat di PU Kuantan dari 28 Mac hingga 1 April 22.

Ketibaan Inspektorat Jeneral Tentera Udara (IJTU), Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM di pangkalan telah disambut oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM.

DSC 5827 DSC 5840 DSC 5844

 

Objektif utama pelaksanaan pengauditan ini adalah untuk menilai tahap pematuhan kepada arahan dan peraturan, tahap pencapaian kesiagaan pasukan, sistem dan prosedur kerja, pelaksanaan pengurusan sumber manusia, aset dan fasilitas, kawalan dalaman serta tindakan pengesanan, punitif dan pemulihan.

Pengarah IJTU, Kol Tan Chee Kee TUDM turut melaksanakan pemeriksaan di unit-unit seperti Terminal Peluru 1, INSPRA dan Skuadron 320 sepanjang tempoh itu diringi Komander Pangkalan dan Pegawai Memerintah Skuadron.