LAWATAN KETUA POLIS NEGARA (KPN) KE PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

GONG KEDAK, 7 Apr 21- Pangkalan Udara Gong Kedak telah menerima lawatan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Sri Abdul Hamid bin Bador pada pagi ini. Ketibaan KPN di Wisma Perwira telah disambut oleh Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato' Zahani bin Zainal Abidin TUDM mewakili Panglima Tentera Udara serta Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM dan barisan Pegawai Eksekutif Pangkalan.

Sesi lawatan dimulai dengan sesi Taklimat Pangkalan berkenaan Pengoperasian, Pencapaian dan Cabaran Pangkalan yang disampaikan oleh Komander Pangkalan. Seterusnya diteruskan dengan Taklimat Peranan dan Pelaksanaan Tugas Pengoperasian No 12 Skuadron yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah No 12 Skuadron, Lt Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM.

Atur cara diteruskan dengan lawatan ke Tactical Shellter untuk melihat lebih dekat Pesawat Sukhoi SU-30MKM. Selepas itu, KPN di bawa ke Pusat Service Teknikal Cawangan Kejuruteraan bagi melihat pelaksanaan senggaraan dan baikpulih pesawat SU-30MKM yang sedang dijalankan. Selain itu juga, KPN di bawa ke Pusat Simulator SU-30MKM bagi merasai pengalaman menerbangkan pesawat Sukhoi SU-30MKM.