JOHOR BHARU, 6 Ogos 24 - Kol Mohd Sam bin Mohd Yusof TUDM, Pengarah Pasukan Simpanan Tentera Udara telah mengadakan lawatan kerja serta kunjungan hormat ke Markas Pasukan Simpanan TLDM.
Ketibaan Pengarah PSTU dan delegasi telah di sambut oleh Laksma Azhar bin Adam, Panglima PSTLDM dan barisan eksekutif MPSTLDM. Lawatan dimulakan dengan menandatangani buku lawatan dan seterusnya Kunjungan Hormat ke atas Panglima Markas Pasukan Simpanan TLDM, Laksma Azhar bin Adam. Sewaktu Kunjungan Hormat, Pengarah PSTU turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Laksma Azhar bin Adam yang telah dilantik menjadi Panglima Markas Pasukan Simpanan TLDM yang baharu berkuatkuasa pada 5 Jun 24 lalu.
Objektif lawatan adalah bertujuan bagi meninjau Best Practices yang diimplimentasikan oleh Markas Pasukan Simpanan Tentera Laut di samping mengeratkan hubungan kerjasama yang sedia terjalin di antara kedua markas pasukan latihan simpanan.
Delegasi MPSTU telah diberikan taklimat berkenaan MPSTLDM di Bilik Mesyuarat Laksamana. Seterusnya delegasi turut dibawa melawat dan meninjau kemudahan fasiliti latihan di pangkalan MPSTLDM. Malah delegasi juga turut diberi peluang menaiki Bot Tempur CB 90 TLDM.
MPSTU mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MPSTLDM di atas kesudian menerima lawatan dan meluangkan masa sepanjang lawatan.