KUNJUNGAN HORMAT OLEH WAKIL PEGAWAI DARI SCHOOL OF AIR TRAFFIC CONTROL (SATC) ROYAL AUSTRALIA AIR FORCE (RAAF) EAST SALE

WhatsApp Image 2024 08 09 at 102023 1 WhatsApp Image 2024 08 09 at 102022 1
WhatsApp Image 2024 08 09 at 102021 1 WhatsApp Image 2024 08 09 at 102022

 

KUANTAN, 7 OGOS 24 - Komandan INSPRA telah menerima kunjungan hormat oleh pegawai dari School of Air Traffic Control (SATC), Royal Australia Air Force (RAAF) bersempena dengan program Subject Matter Expert - exchange (SME-e). Flt Lt Eric John Meredith telah diiringi oleh Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM, Ketua Jurulatih Latihan dan Lt Kol Mohamad Hasry bin Azhar TUDM, Ketua Sekolah SKTU.

Flt Lt Eric John Meredith telah dipilih untuk mewakili SATC dan akan ditugaskan sebagai tenaga pengajar di Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU). Beliau akan memulakan sesi penugasan sebagai jurulatih pada 12 Ogos 2024 yang mana akan melibatkan Peserta Kursus Advance Air Traffic Control Officer (AATCO) - Survellance Siri 14/24.

SME-e adalah salah satu aktiviti di bawah Sister School Program yang telah dipersetujui melalui mesyuarat SSP Siri 5/23 yang berlangsung di SKTU pada 15 Ogos 2023. Melalui mesyuarat tersebut, SKTU dan SATC telah bersetuju untuk melaksanakan SME-e yang dilihat dapat membantu perkongsian dan pertukaran maklumat serta kaedah mengajar antara kedua-dua pusat latihan ini.

Komandan juga turut memberikan harapan yang tinggi kepada program ini dan berharap program ini dapat mencapai objektif. Beliau juga berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan. Kunjungan hormat tersebut telah berlangsung selama 20 minit dan telah diakhiri dengan sesi pertukaran momento.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer