LAWATAN KERJA PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA KE TAPAK RADAR TPS-77

DSC01676 DSC01693 DSC01702
DSC01749 DSC01821 DSC01833
DSC01877 DSC01908

 

LABUAN, 20 Feb 25 - Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM bersama delegasi telah membuat Lawatan Kerja ke Kawasan Tanggungjawab (KTJ) OP PASIR Sektor Kudat bermula 17 hingga 21 Feb 25. 

Selain itu, Panglima Angkatan Bersama turut melaksanakan lawatan ke Tapak Radar TPS 77 di Skn 340 TUDM Bukit Kubong. Ketibaan beliau di Pangkalan Udara Labuan telah disambut oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Hj Muhammad Taha bin Hamdan TUDM dan Pengarah A4 Markas Wilayah Udara 2, Kol Suresh A/l K. Vijayaratnam TUDM. Ketibaan delegasi dimulakan dengan Panglima Angkatan Bersama menerima tabik hormat dari Kawalan Kuarter dan seterusnya beliau membuat kunjungan hormat kepada Komander Pangkalan Udara Labuan dan Pengarah A4 Markas Wilayah Udara 2 sebelum menandatangani buku lawatan. 

Delegasi seterusnya telah dibawa ke Tapak Radar TPS-77 di Skuadron 340, Bukit Kubong dan diberikan taklimat berkaitan pengoperasian radar tersebut. Dalam kesempatan itu, delegasi turut mengadakan lawatan ke Regional Air Operation Center 2 (RAOC 2) di Markas Wilayah Udara 2 bagi melihat pengoperasian di sana. 

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer