![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
TANJUNG BUNGAH, 20 Feb 25 – Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM telah menyempurnakan Bengkel Kertas Kerja Mewujudkan Unit Detasmen Pasukan Simpanan Sukarela TUDM anjuran Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (MPSTU). Bengkel yang diadakan bermula 18 hingga 20 Feb 25 di Pusat Hospitaliti Tentera Udara (PHU), Tanjung Bungah, Pulau Pinang juga dihadiri oleh Pengarah PSTU, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM; Pengarah Perkhidmatan, Kol Zuhamri bin Mat Daud TUDM dan Ketua Skn 211 HANDAU, Lt Kol Shahrul Naim bin Salleh TUDM serta tujuh (7) pegawai dan staf MPSTU.
Bengkel selama tiga (3) hari ini dilaksanakan sebagai persediaan untuk pembentangan kertas kerja kepada Jawatankuasa Penasihat Panglima Tentera Udara (JKK JPPTU) siri yang akan datang oleh MPSTU ke arah usaha merealisasikan pewujudan unit detasmen Pasukan Simpanan Sukarela TUDM (PSSTU) di Pangkalan Udara. Bengkel ini memberikan ruang dan manfaat kepada peserta untuk perbincangan dan perkongsian ilmu agar dapat membina kertas kerja seperti yang dikehendaki. Pandangan bernas dan cetusan idea daripada AKS Tadbir serta pegawai kanan TUDM yang hadir memberikan lebih pendedahan kepada peserta bagi penyediaan kertas kerja. Pengisian bengkel meliputi perancangan dalam penyediaan kertas kerja dengan membuat semakan semula, penambahbaikan dan mengenal-pasti keperluan-keperluan yang berkaitan bagi membantu bagi penyediaan kertas kerja yang tersusun dan sistematik.
Majlis penutup bengkel telah disempurnakan oleh AKS Tadbir, Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM. Secara keseluruhan, bengkel ini yang dikoordinasi oleh Kapt Amira Syahida binti Amir TUDM, PS 3 R&D MPSTU selaku Urusetia bersama pihak pengurusan PHU mencapai objektif yang telah ditetapkan hasil kerjasama dan komitmen tinggi dari semua yang terlibat. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh pihak MPSTU kepada Lt Kol Shahrul Naim bin Salleh TUDM atas bantuan khidmat nasihat yang diberikan sepanjang bengkel tersebut.
#SentiasaDiAngkasaRaya
#PasukanSimpananTenteraUdara
#MPSTU
#SentiasaSedia