LAWATAN DELEGASI BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK (BDPS) KE PANGKALAN UDARA KUCHING

1 2 3
4 5 6

 

KUCHING, 30 Jan 24 - Timbalan Setiausaha BDPS, Encik Sahipuljaiman bin Sulaiman bersama delegasi BDPS telah melaksanakan Lawatan Kerja ke Pangkalan Udara Kuching bagi melihat pesawat CN235-220M yang telah dinaiktaraf sebagai Maritime Surveillance Aircraft (MSA) di bawah Program Maritime Security Initiative (MSI).

Tujuan utama lawatan kerja ini adalah untuk melihat dan mendengar taklimat pengoperasian ketiga-tiga pesawat CN235-220M yang telah dinaiktaraf kepada MSA di bawah program MSI yang telah dilaksanakan pada tahun 2018 hingga 2022. Selain daripada itu, lawatan kerja ini juga adalah untuk membuat persediaan kepada majlis penerimaan pesawat-pesawat MSA oleh YB Menteri Pertahanan yang akan diadakan bersama dengan bakal Duta Besar Amerika Syarikat yang dirancang pada tahun ini.

Ketibaan beliau dan delegasi di Pangkalan Udara Kuching telah disambut oleh Kolonel Baharin bin Mohamad TUDM, Komander Pangkalan Udara Kuching; Leftenan Kolonel Raja Ismail Fahmi bin Raja Ibrahim TUDM, Pegawai Memerintah No 1 Skuadron serta Pegawai-pegawai di Pangkalan Udara Kuching.

Taklimat pengoperasian CN235-220 MSA telah disampaikan oleh Mej Mohamad Hafiz bin Shamsudin TUDM, Ketua Flait Operasi No 1 Skuadron.

Sepanjang lawatan ini, Encik Sahipuljaiman bin Sulaiman bersama delegasi berpeluang melihat sendiri semua pesawat CN235-220M yang telah dinaiktaraf sebagai MSA dan juga sistem Mobile Adhoc Network (MANET).