![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 20 Nov 24 – Pengarah Perkhidmatan, Kol Zuhamri bin Mat Daud TUDM telah membuat lawatan dan penyerahan sumbangan dari Tabung Kebajikan TUDM kepada Lt Kol Mohd Safiee bin Yusoff TUDM, MTU-BSM (Latih) di kediaman keluarga beliau yang terletak di Wangsa Keramat, Kuala Lumpur.
Semasa sesi lawatan ini, Pengarah Perkhidmatan meluangkan masa menyantuni, bertanya khabar dan turut mendoakan agar Lt Kol Mohd Safiee bin Yusoff TUDM yang menjalani pembedahan kali keempat - Hernia Repair (Gastrectomy) dikurniakan kesembuhan dan dipermudahkan urusan menjalani rawatan seterusnya.
Turut serta dalam lawatan tersebut adalah PS 1 Tadbir MTU, Lt Kol Mohd Israqy bin Mustafa TUDM; PS 1 Pengurusan, Lt Kol Mohamad Rozali bin Abd Rahman TUDM dan PS 2 Kebajikan & KSSKA, Mej Nabila binti Abdul Razak TUDM.
Seluruh warga TUDM turut mendoakan agar anggota tersebut diberi kekuatan dan ketabahan serta kesabaran di dalam menghadapi ujian dan dikurniakan kesembuhan oleh Yang Maha Esa.