LAWATAN AKS KEJURUTERAAN KE NO 20 SKUADRON

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

SUBANG, 6 Jan 23 – Sebagai pembuka tirai kepada tahun 2023 bagi Bahagian Kejuruteraan TUDM, AKS Kejuruteraan, Mej Jen Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM dan rombongan telah mengadakan Lawatan Kerja ke No 20 Skuadron PU Subang bagi mengikuti Engine Ground Run (EGR) pesawat C-130H M30-16 yang sedang menjalani senggaraan Structural Inspection 21 Years (ST-21) oleh Tim Senggaraan Cawangan Kejuruteraan PU Subang.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mengetahui perkembangan dan memantau keupayaan CK PU Subang bagi proses perlaksanaan senggaraan ILM bagi pesawat C-130H M30-16 (ST-21) oleh Tim Kejuruteraan ST CK PU Subang dan perlaksanaan Engine Ground Run (EGR) oleh No 20 Skn serta membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi bagi peningkatan keupayaan dan Sustainment terhadap ILM bagi CK PU Subang.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Komander Pangkalan, pegawai-pegawai Eksekutif Pangkalan dan Tim Senggaraan ST CK PU Subang. Lawatan tersebut dimulai dengan sesi taklimat status terkini perlaksanaan ILM bagi pesawat C-130H M30-16 (ST-21) oleh Ketua Cawangan Kejuruteraan (KCK) PU Subang dan diikuti dengan sesi taklimat Engine Ground Run (EGR) oleh Ketua Flait Kejuruteraan (KFK) No 20 Skn di Dewan Auditorium No 20 Skuadron.

Seterusnya, KFK No 20 Skn telah membawa AKS Kejuruteraan berserta dengan rombongan untuk mengikuti proses perlaksanaan EGR pesawat C-130H M30-16 di EGR Bay yang terletak antara Taxy Way Yankee dan Zulu di mana proses EGR tersebut dilaksanakan oleh juruteknik No 20 Skn. Sebagai makluman, pesawat C-130H M30-16 telah melaksanakan sebanyak sebelas (11) kali EGR oleh juruteknik dan empat (04) kali oleh juruterbang.

Selepas tamat perlaksanaan EGR, sebagai kata-kata penutup, AKS Kejuruteraan memberikan kata-kata semangat kepada anggota tim ST dan No 20 Skn untuk terus meningkatkan pencapaian dan prestasi kerja serta berusaha lebih gigih dalam melaksanakan tanggungjawab tugas yang diamanahkan.